Cinta Di Langit Gaza

Cinta Di Langit Gaza Cinta sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang diha

  • Title: Cinta Di Langit Gaza
  • Author: Riduan Mohamad Nor
  • ISBN: 9789834460679
  • Page: 389
  • Format: Softcover
  • Cinta sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya Buku ini diletakkan tajuk Cinta dilangit Gaza , bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemunCinta sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya Buku ini diletakkan tajuk Cinta dilangit Gaza , bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra itu sangat meruntum jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu Merindui sebuah kebebasan kepada Al Quds, kiblat pertama umat islam, juga kerinduan hidup dibawah Syariat Islam Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua Buku ini juga wahana untuk berkongsi pengalaman dengan niat merangsang insan lain untuk turut meletakkan telapak kaki di atas jalan kebaktian, menerusi kerja kerja amal adalah niat utama untuk saya meninta pengalaman ini Saya telah diberikan kesempatan oleh Allah yang maha perkasa untuk melangkahi beberapa benua untuk menyantuni umat islam yang disengat kesusahan dan kejerihan Misi kemanusiaan dengan kepayahan yang berbeza, perang di Palestin, gempa bumi di wilayah perbukitan Pakistan dan Kashmir, kemelaratan dan pengasingan di Cambodia, Tsunami di Acheh dan Jawa Barat, di keronyok gempa di Jogjakarta, menyantuni pelarian di Lubnan, berkongsi sedikit kemewahan dengan umat islam Bangladesh melalui program korban Allah yang saya cintai sentiasa membuka ruang untuk saya dan teman teman berbuat kebaikan , kasih sayang Allah yang melimpah juga telah membawa saya kesebahagian besar dunia ini, melihat dunia yang sangat rencam dan pelbagai.

    One thought on “Cinta Di Langit Gaza”

    1. Buku Cinta Di Langit Gaza telah ditulis oleh Riduan Mohd Nor. Di dalam buku ini telah dimuatkan 62 cerita penglibatan penulis bersama NGO Muslim Care di beberapa tempat seperti di Gaza, Jablieh, Acheh, Pakistan dan Bangladesh.Membaca buku ini akan membawa kita mengembara serta merasai keperitan mereka yang di dalam kesusahan. Saya sering melihat peta dunia untuk mengetahui tentang kedudukan negara yang diceritakan di dalam buku ini. Buku ini telah mengajar saya untuk lebih mencintai negara Pales [...]

    2. Buku ini sepatutnya mempunyai tajuk yang lebih luas kerana ianya merangkumi catatan penulis ke banyak misi kemanusiaan, tidak terhad kepada Gaza sahaja. Selain Gaza, penulis mencatatkan pengalaman ke Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan Pakistan.

    3. tulisan ust riduan mohd nor ni memang aku gemar,travelog ke bumi palestin buat aku salute habis dgn jemaah depa menempuh ujian sepanjang disana.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *