Seketul Hati Seorang Pemimpin

Seketul Hati Seorang Pemimpin Seketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan buah cerpen Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharukan dan menggelisahkan jiwa serta eleman elemen yang berkembang

  • Title: Seketul Hati Seorang Pemimpin
  • Author: Shahnon Ahmad
  • ISBN: 9789836209696
  • Page: 297
  • Format: Paperback
  • Seketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan 15 buah cerpen Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharukan dan menggelisahkan jiwa serta eleman elemen yang berkembang sebelumnya Hal ini boleh terjadi melalui iklim politik kebadutan, kenangan kenangan silam, keyakinan akan kekuasaan Tuhan dan sebagainya Di samping itu, bagi Shahnon, sejarSeketul Hati Seorang Pemimpin menghimpunkan 15 buah cerpen Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang terilham daripada penekanan yang mengharukan dan menggelisahkan jiwa serta eleman elemen yang berkembang sebelumnya Hal ini boleh terjadi melalui iklim politik kebadutan, kenangan kenangan silam, keyakinan akan kekuasaan Tuhan dan sebagainya Di samping itu, bagi Shahnon, sejarah adalah guru yang baik hati Kita banyak belajar darinya Kita memarahinya tapi kita juga menyayanginya Dengan sejarah kita menangis dan insaf juga memperjelaskan kepada kita siapayang benar benar berkuasa di alam raya ini.

    One thought on “Seketul Hati Seorang Pemimpin”

    1. Kata Shahnon, sejarah adalah guru yang baik hati, kita marah padanya, tapi kita juga menyayanginya. Buku ini menghimpunkan cerpen-cerpen karya beliau yang sarat dengan rasa meluat, mual, marah, hiba dengan dunia politik dan orang-orang di dalamnya yang mabuk dengan kuasa. Begitulah, politik bisa saja buat orang-orang yang pada mulanya berhati suci jadi gila kuasa, jadi lupa segala, lupa pada Pencipta, lupa pada janji sebagai hamba. Cerpen 'Ungkapan' memberi satu gambaran tentang rakyat yang beng [...]

    2. pekan kecil Songsang - sebuah kedai runcit di simpang, persimpangan ke Jerantut-Temerloh-Mentakab, ada tersusun beberapa buah buku terpakai yang boleh dibeli-terus atau boleh juga dipulangkan-semula-sebagai-sewa. terharu saya bila terjumpa buku karya sasterawan negara ini berada dalam kelompok buku2 yang hanya ada beberapa buah buku. si pemilik kedai tentunya memiliki citarasa-yang-tinggi dalam penulisan dan karya melayu sayapun beli buku ini. tidak perlu diterangkan lagi, hasil karya sasterawan [...]

    3. Sejak dari awal muka, bermula dari kata pengantar lagi sehingga ke kata di akhir muka, aku direnyuk,dipadat,dihenyak akan kata-kata dan desakan dalam keresahan seorang penulis. SN Shahnon menumpahkan, meluahkan segala yang terbuku dan terpendam dan melonjak keluar dari tanngannya yang menulis setiap patah dalam setiap cerpen yang disaji.Kebenaran; kebenaran tentang dosa,tentang diri,kebenaran tentang alam dan sifatnya, kebenaran akan kebodohan,kebobrokan,keburukan manusia dan makhluk, kejelekan [...]

    4. Himpunanan cerpen yang menceritakan polimik politik Malaysia zaman era pasca penjajahan British, latar belakang kampung dan dipinggir bandar. bagaimana masyarakat setempat menyelesai masalah bersama sama. Intipati Karya ini harus diteliti lebih mendalam dan juga perlu ada perbincangan antara karya ini dengan salahsilah latar belakang penulis. Karya ini harus dijadikan rujukan sebagai refleksi konsep zaman pemerintahan klasik dan terkini dari sudut sosial.

    5. birokrasi kadang-kadang serupa dajjal. harus dilawan habis-habisan._ungkapan.***sekumpulan satira terhadap dunia politik yang menyentak naluri dan menggugah rasa, membuat cikgu Shahnon sentiasa di kelasnya yang tersendiri.

    6. Bahasa yang cantik serta kemas, penuh sindiran, dan menggugah rasa.Itu saja. Bacalah Shahnon Ahmad ini dan nescaya anda takkan hampa.

    7. Hanya sasterawan yang benar-benar telus, yang mampu memukul dan mengayun nurani saya hanya dengan kata pengantarnya.Dan Shannon Ahmad adalah antara susuk sasterawan itu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *